SELAWAT

Photobucket

Saturday, January 15, 2011

JADUAL ALLAH UNTUK DUNIA

HADIS NABI TENTANG JADUAL ALLAH

Dari Nukman bin Basyir ra katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.
Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.
Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”
Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.

Daripada Jabir bin Majid As-Sadafi RA, katanya Rasulullah SAW bersabda,

“Selepasku, akan berlaku zaman kekhalifahan. Selepas itu berlaku pula zaman Amir-amir. Selepas itu berlaku pula zaman Raja-raja dan selepas raja-raja, zaman diktator. Kemudian, seorang lelaki dari ahli keluargaku akan datang (memerintah) dan memenuhkan dunia ini dengan keadilan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kekejaman. Kemudian, naik memerintah selepasnya Al-Qahtani, dan demi Zat yang menghantarku dengan kebenaran, dia tidaklah jauh berbeza daripada al-Mahdi.”

(At-Tabrani, Ibnu Mandah, Abu Nuaim & Ibnu Asakir)

Kedua-dua buah hadis di atas menyebutkan umat Islam sejak dari masa hayatnya baginda SAW lagi hinggalah ke hari kiamat, akan melalui lima zaman pemerintahan. Walaupun istilahnya ada sedikit berbeza, maksudnya sama sahaja dan urutan zamannya juga sama. Kelima-lima zaman yang dimaksudkan itu berserta huraian ringkas bagi setiap zaman itu adalah:

Zaman Kenabian, iaitu zaman umat Islam diperintah oleh pembawa ajaran Islam itu sendiri, Nabi Muhammad SAW. Itulah zaman kemuncak bagi segala zaman pemerintahan, zaman contoh, zaman terbaik di antara segala zaman, sejak dari Nabi Adam AS hinggalah ke hari ini. Zaman ini telahpun berlaku dan telah juga berlalu, iaitu dengan wafatnya baginda SAW pada tahun 10 Hijrah. Dalam hadis kedua, zaman ini disebutkan sebagai selepasku sahaja, iaitu ringkasan daripada Zaman Kenabian.

Zaman Kekhalifahan, iaitu pemerintahan yang berjalan berdasarkan Zaman Kenabian. Pemerintahannya adalah berpandukan benar-benar kepada wahyu Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Zaman ini dipanggil Zaman Khulafa ur-Rasyidin, khalifah yang mendapat petunjuk. Mereka adalah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar bin Al-Khattab RA, Osman bin Affan RA dan Ali bin Abi Talib KMW. Sebahagian ulama turut memasukkan zaman pemerintahan Sayidina al-Hasan bin Ali RA yang singkat itu (6 bulan) ke dalam Khulafa ur-Rasyidin. Itulah dia 30 tahun yang dimaksudkan oleh baginda SAW dalam hadisnya yang berbunyi (terjemahan) kira-kira: “Kekhalifahan akan berlaku ke atas umatku selama 30 tahun. Selepas itu, berlaku pula zaman amir-amir.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tarmizi dan lain-lain. Hadis yang kedua juga menyebutkan Zaman Kekhalifahan. Zaman ini telah berlaku menurut catatan sejarah dan telah juga berlalu daripada kita.

Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah), iaitu zaman yang bermula sejak turunnya Sayidina Hasan bin Ali RA sehinggalah berakhir pada tahun 1924M. Ini termasuklah zaman Umaiyah, Abbasiah, Mameluk, Fatimiyah, Moghul, Seljuk, Ayubiah, sehinggalah ke saat jatuhnya kerajaan Osmaniah, Turki pada tahun 1924. Zaman ini termasuklah semua wilayah yang diperintah oleh pemerintah Islam, yang memakai bermacam-macam gelaran itu seperti Amir, Khalifah, Sultan, Raja dan sebagainya. Namun terdapat beberapa orang pemerintah yang patut dikecualikan, kerana adil pemerintahan mereka. Antaranya yang lazim kita kenal ialah Umar bin Abdul Aziz, Abdullah bin az-Zubair, Muhammad al-Fateh dan Salahuddin Al-Ayubi. Dalam hadis yang kedua, zaman pemerintahan ini lebih diperincikan sehingga dibahagi kepada dua, disebutkan sebagai Zaman Amir-amir dan Zaman Raja-raja. Maknanya, Zaman Amir-amir itu berlaku lebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh Zaman Raja-raja, untuk menunjukkan lebih-lebih lagi zalimnya daripada zaman sebelumnya. Zaman ini juga telah berlaku dan kini hanya menjadi bahan sejarah bagi pengkaji sejarah, dan juga telah berlalu daripada kita, seperti urutan yang ditetapkan.

Zaman Diktator, iaitu zaman pemerintahan yang bermula sejak jatuhnya Kerajaan Osmaniah dan berlangsung hingga kini. Pada zaman ini, seperti yang diisyaratkan, raja-raja sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah para pemimpin yang digelar Presiden atau Perdana Menteri. Kedua-duanya adalah sistem diktator, seperti yang telah diisyaratkan oleh kedua-dua buah hadis di atas. Jika ada pun raja-raja, sudah tidak mempunyai kuasa penuh lagi seperti zaman-zaman sebelumnya. Zaman ini termasuklah semua pemerintah yang menguasai dunia Islam, sama ada yang menggunakan sistem imperial (beraja), berorientasikan parti-parti politik (Perdana Menteri), pemerintahan rakyat, sosialis atau republik (Presiden). Semuanya tidak berpandukan kepada sistem Islam yang sejati, tepat seperti apa yang kita alami hari ini. Zaman diktator ini sedang berlangsung dan insya-Allah akan diangkat oleh-Nya tidak lama lagi. Berdoalah banyak-banyak agar zaman ini segera Dia angkatkan daripada kita.

Zaman Kekhalifahan, yang pemerintahannya sama dengan pemerintahan zaman Khulafa ur-Rasyidin dan Zaman Kenabian. Zaman ini belum lagi berlaku, dan insya-Allah akan berlaku, kerana telah disebut dan dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW, Sodiqul Masduq. Untuk menghadapi zaman ini, kita umat Islam perlulah bersedia dan bersungguh-sungguh menghadapi kedatangannya, yang tidak perlu diragui lagi itu. Antara caranya ialah dengan mengamalkan sungguh-sungguh cara hidup Islam dalam seluruh aspek kehidupan kita, dan menurut jejak para Salafus Soleh. Untuk membina kejayaan seperti zaman dahulu, kita mestilah mengikut apa yang umat zaman dahulu (Zaman Rasulullah SAW) lakukan - peningkatan dalaman. Para pengamal ajaran Islam akan menjadi ghurabak (orang asing), seperti yang berlaku kepada generasi awal Islam dahulu. Melalui para ghurabak inilah Allah turunkan pertolongan-Nya sehingga naik Imam Mahdi memerintah seluruh umat Islam di seluruh dunia. Penurunan seorang khalifah oleh Allah SWT kepada umat Islam merupakan satu nikmat yang amat besar, seperti firman-Nya yang terjemahannya kira-kira begini,
“Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi dari kalangan kamu dan dijadikan-Nya kamu raja-raja.”

(Al-Maidah : 20)

(Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik)

Friday, January 8, 2010

SALAM NETWORK


Salam Network
Kalimah ‘SALAM’ yang bermaksud ‘Selamat’ sudah meluas digunakan oleh masyarakat Malaysia. Di antaranya Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Perdamaian dan yang terkini Salam Satu Malaysia. Istilah ini telah diterima pakai oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, pelbagai bangsa dan agama. Ia sudah menjadi ‘trade-mark’ masyarakat majmuk Malaysia.
Salam Network adalah satu cadangan konsep stesen television yang menyemai dan membangunkan ruh Islamiyyah dalam siarannya yang dihidangkan secara kreatif dan inovatif, selaras dan disesuaikan dengan keperluan juga kepelbagaian audiennya.
Diaplikasikan dalam pelbagai bahasa selain Bahasa Malaysia seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa India. Salam Network akan memaparkan pelbagai wajah dan kebudayaan masyarakat Islam seluruh dunia. Dengan amanah sebagai medium dakwah dan pendidikan, ia akan dibangunkan secara terancang dan bertahap merangkumi setiap aspek kehidupan bagi menampilkan Islam dinul hayyah – Islam adalah cara hidup.
Adalah menjadi visi Salam Network untuk menawarkan satu wadah ilmu pengetahuan, maklumat, hiburan, yang lebih baik dari yang sedia ada sekaligus mampu memberikan nasihat, bimbingan, terapi dan rawatan kepada masaalah sosial hari ini.
Seterusnya menyumbang peranan kepada pembangunan masyarakat yang beriman dan berilmu, aman makmur lagi bersyukur, progresif dan tawadhu' dengan berpegang kepada nilai dan ajaran Islam yang sebenar.
Cerdas Ilmu, Berakhlak Mulia, Peribadi Soleh.


Objektif
  • Pendidikan dan Dakwah - Salam Network berperanan untuk mengisi keperluan juga memperteguhkan fizikal, mental, emotional dan spiritual penonton dengan nilai murni dan kebenaran. Dipersembahkan dengan pendekatan yang segar, inovatif dan kreatif dalam bentuk rancangan juga diaplikasikan nilainya dalam setiap rancangan yang disiarkan.
  • Ilmu dan Maklumat – Salam Network berhasrat untuk mengintegrasikan ruh islamiyyah dengan ilmu pengetahuan juga teknologi yang hasilnya akan saling mengukuhkan tuntutan hidup pada jalan yang mendapat kemakmuran yang di redhai Allah. Nilai tauhid akan dijadikan intipati, juga mengutamakan unsur-unsur tabsyir wa tanzir (Khabar gembira dan peringatan  yang menakutkan) yang dijadikan hikmah peristiwa berkaitan.
  • Hiburan dan Santai – Salam Network menawarkan rancangan yang segar sebagai pengisian fitrah manusia yang memerlukan hiburan, namun di pastikan selaras juga dengan ketetapan syariah. Penonton akan dididik bagaimana berhibur juga boleh dijadikan ibadah dengan menjaga hukum syariat. Berhibur sambil mendidik.
  • Integrasi dan Interaksi – Salam Network membawakan rancangan yang berkualiti yang menghidangkan kepelbagaian wajah juga budaya masyarakat Islam seluruh ceruk dunia. Keunikan mazhab fiqh dan amalan sunnah Rasulullah SAW yang dipelihara, pemikiran dan kemajuan positif yang boleh dijadikan teladan untuk dipelajari. Ini diharapkan menjalin teguhkan ukhwah islamiyyah, persahabatan dan persaudaraan yang saling bertolong bantu pada jalan kebaikan dan kebenaran. Objektifnya agar Islam terbela sebagai agama perdamaian dan kemajuan sejagat.


    Konsep
Firman Allah:
“…Sesungguhnya tidak Aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepadaKU.”
Q. Surah Az Zariyat : 56
Bersesuaian dengan tujuan penciptaanNya ini, Allah - dengan sifatNya yang Maha Adil membekalkan manusia dengan `tools’ berupa kemampuan atau Modal Fizikal berbentuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran, Modal Emosi iaitu kemampuan merasa dan berperasaan dan Modal Spiritual iaitu kecenderungan mencari makna kehidupan, dan mengenali kejadian dirinya. Dengan adanya 3 modal asas ini – akal sebagai daya fikir yang menggerak tindakan fizikal atau disebut IQ, emosi sebagai deria penghubung juga kayu ukur keterlibatannya dengan komuniti sekelilingnya untuk menimbang hal yang disukai atau tidak disukai secara fitrah (EQ) dalam konteks hablumminannas sebagai khalifah, seterusnya fitrah bertuhan (SQ) yang menjadi pegangan hidup agar dia sentiasa ada panduan juga berupaya membuat pertimbangan. Fitrah bertuhan akan mencetuskan rasa ingin mengabdi pada Tuhan yang disembahnya itu, mengharapkan setiap tindakannya diterima Allah sebagai ibadah dan menjaga perkara-perkara yang ditakuti akan jadi penyebab ibadahnya tertolak.
Kajian moden dalam bidang pembangunan modal insan (Human Resource) mutakhir membuktikan bahawa setiap manusia secara semulajadinya memang telah memiliki 3 kecerdasan asas ini iaitu Kecedasan Akal/Intelektual (IQ), Kecerdasan Emotional (EQ) dan Kecerdasan Spiritual (SQ). Cuma tahap kecedarasan ini berbeza pada setiap individu bergantung bagaimana ia dirangsang, dibangunkan; berasingan mahupun diintegrasikan.

Antara pendapat dan rumusan pengkaji tentang bagaimana 3 Q ini bekerja ialah:-
“An individual's success at work is 80 percent dependent on emotional quotient(EQ) and only 20 percent dependent on intelligence quotient (IQ). (Daniel Goleman, Working with Emotional Intelligence, (New York: Bantam Book, 1999). Ms 14
“SQ is a transformative intelligence that allows us to break old paradigms and to invent new ones, to reframe problems and situations, to dissolve old patterns and old ways of thinking. SQ also represents our access to and need for deep meaning, fundamental values and a sense of purpose, and the extent to which these influence our decisions and actions. It has the force to address lower motivations and to shift us towards higher motivations.
Unlike IQ, which computers have, and EQ, which exists in higher mammals, SQ is uniquely human.”
(Danah Zohar, SQ - Spiritual Intelligence, the Ultimate Intelligence)

“Spiritual capital SQ as simply another term for the power and influence generated by religion belief and practice.” (Robert Barro)
Kesimpulannya:-
Capital
Quotient
Function
Material Capital
IQ: Intelectual/Rational Quotient
What I think
Social Capital
EQ: Emotional Quotient
What I feel
Spiritual Capital
SQ: Spiritual Quotient
Who am I
 Menurut kajian juga pada setiap manusia terdapat 2 perkara yang saling berkait iaitu  - Behavior (Tingkah laku/Perbuatan) dan Attitude (Peribadi/Sikap).
3Q ini akan membentuk sikap/peribadi (Attitude) manusia dimana ianya AMAT mempengaruhi tingkah laku/perbuatan (Behavior) manusia.
 Media yang baik adalah yang dapat membangunkan dan memperkasakan ketiga-tiga modal insan (Q) ini. Ia memberi suapan ilmu, ransangan maklumat dalam bentuk bahan pandang-dengar yang natijahnya penonton akan menjadi lebih cerdas, berilmu, berwawasan, berempati, bertolak ansur yang disebut juga bernilai murni. Namun atas tuntutan komersil, keperluan kecerdasan (Q)  yang ke 3 iaitu kecerdasan ruhaniyyah atau spiritual seringkali terlepas perkiraan. Sedangkan ia adalah yang paling utama, menjadi teras kepada semua kecerdasan yang dimiliki manusia. Kita perlu manusia yang bijak, tetapi pada masa sama takutkan Allah. Bayangkan, apa ertinya bijaksana tetapi zalim? Kita perlu insan yang pengasih kerana mengharapkan rahmat Allah, realitinya ramai komuniti kita berbaik kerana jawatan dan milage.
Justeru, ini kelebihan dan keunikan Salam Network sebagai media Islamik – adalah satu tanggungjawab dalam cita-cita ingin menjadi media yang baik – mendidik, membimbing audien agar mahir mengaplikasikan kesemua modal insaniyyah berkenaan dalam konteks menjadi hamba dan khalifah Allah yang mendapat rahmat dan keredhaanNya, insya Allah. Objektif ini tentunya dicapai dengan menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan, ijmak ulama dan qias sebagai rujukan (Ahli Sunnah Wal Jamaah).
Salam Network amat berkeyakinan, hamba Allah yang baik akan menyumbang kepada komuniti yang baik sementara komuniti yang baik akan mempengaruhi masyarakat kepada kebaikan dan masyarakat yang baik akan menyumbang kepada rakyat yang berkualiti lagi dinamik seterusnya membentuk Negara yang stabil, berwibawa di sudut politik dan sosio-ekonomi di persada dunia.
Ini diinspirasikan atau diteladani dari sirah Rasulullah SAW yang dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firmanNya seperti yang berikut:
Maksudnya :
" dan tidaklah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam ".
Q: Al-Anbiyaa ayat 107
Apakah itu yang dimaksudkan dengan kalimah “Rahmat”? Dalam Bahasa Melayu, Kamus Dewan menyenaraikan erti perkataan “rahmat” sebagai belas kasihan, kurnia, berkat, bahagia, hikmat, faedah dan kegunaan. Dari itu, dapat kita andaikan bahawa perkataan “Rahmat” mencakupi makna yang luas. Sementara menteladani Rasulullah SAW pula adalah bermakna mencontohi akhlak dan bimbingan Baginda SAW yang penuh belas kasihan dan empati, membimbing orang lain pula agar memiliki sifat empati dan seterusnya. Allahumma solli ala saidina Muhammmad "IDOLA DUNIA-AKHIRAT" or THE GLOBAL IDOL
Memahami konsep bahawa segala sesuatu yang membawa kepada kesenangan kenikmatan dan kebahagian; keselamatan diri, kesejahteraan keluarga, kemakmuran masyarakat dan negara adalah rahmat; inilah juga yang menjadi visi dan misi Salam Network. Bersesuaian dengan kalimah `Salam’ itu sendiri iaitu damai dan sejahtera, diharapkan rangkaian television ini mampu berfungsi sebagai ejen `penebar rahmat’ yang mana setiap tugasan juga usaha sudi diterima oleh Allah sebagai ibadah.
Implimentasi
Dari segi implimentasi bagi setiap program yang diterbitkan, sahsiah krew yang terbabit amat di titik beratkan kerana ianya akan mempengaruhi mutu hasil kerja mereka serta memberkas dalam jiwa penonton.
Sapertimana dalam pengeluaran produk makanan atau kesihatan, terdapat satu piawaian yang dipanggil sebagai ‘Good Manufacturing Practice atau ‘GMP’ yang merujuk kepada kualiti pengeluaran sesuatu produk itu. Bagi produk-produk Islam pula kini telah ada satu lagi piawaian yang dikenali sebagai ‘Islamic Manufacturing Practice’ atau ‘IMP’ merujuk kepada kualiti pengeluaran produk yang mengikut lunas-lunas Islam saperti suasana kilang disiarkan ayat-ayat suci Alquran dan Zikir-zikir, pekerjanya menjaga waktu solat yang bukan sahaja melaksanakan solat wajib malah membanyakkan solat sunat serta sentiasa berzikir. Perempuan yang ‘keuzuran’ di pindahkan sementara ke unit pembungkusan atau pemasaran tidak ke unit pemprosesan dan pengeluaran sehingga mereka ‘suci’. Piawaian ini menentukan kualiti secara lahiriah dan batiniah produk tersebut.
Maka dalam produksi rancangan tv Islam, kita akan memperkenal satu piawaian iaitu Islamic Media Practice atau IMeP dimana proses penerbitannya mengikut lunas-lunas Islam khususnya semua para krew yang terbabit saperti menjaga solat 5 waktu, sekiranya penggambaran di bulan Ramadhan maka semuanya berpuasa, artis wanitanya menutup aurat bukan ditutupkan aurat hanya dalam program tersebut, pelakon suami isteri sememangnya suami-isteri yang sah disisi syariat, sekiranya melibatkan pergaulan lelaki dan perempuan maka di jaga batas syariatnya, krewnya tidak terbabit dengan penggunaan dadah malah merokok juga tidak di benarkan. Ini bersesuaian dengan firman Allah,
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!.
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Q.S As Saff ayat 2 dan 3
Dengan memperkenalkan piawaian IMeP ini, Salam Network sebenarnya telah menawarkan bidang profession baru pada teknokrat aliran agama. Pulangannya, Salam Network juga mendapat faedah berbentuk wacana, idea yang bernas dan segar dari golongan ini. Kupasan ilmiah yang lebih bertanggungjawab dan diyakini dari mereka yang berkelayakan dan ahli dalam bidang berkaitan. Ini tentunya menampilkan Salam Network sebagai rangkaian televisyen yang jauh berbeza dari rangkaian televisyen sedia ada bukan sahaja falsafah dan pendekatannya; kandungan serta pengisian tetapi juga berbeza wibawa dan sahsiahnya.
Bila setiap lapis tenaga kerja, bermula dari team pemikir dasar, team pelaksana, krew bertugas hingga ke pengacara memiliki kefahaman syariah dan sahsiah islamiyyah, ditambah kualiti kerja berpandukan piawaian ImeP; akan terbentuk satu budaya, gelombang pemikir baru dan kualiti kerja baru yang menjamin keberkesanan penerapan nilai-nilai islam. Presenter misalnya; kerana memiliki kefahaman ilmu dan beramal, akan memudahkan tetamu (misalnya rancangan bualbicara tokoh ) menyampaikan ilmu dan pemikirannya dan presenter berkenaan akan mampu pula mencerna melalui ulasannya untuk mudah difahami penonton. Tanggungjawab ini akan jadi lebih mudah dan lancar kerana semua level berkongsi dan mendokong nawaitu, visi dan misi yang satu – iaitu pengabdian kepada Allah.

Salam Network berpegang pada prinsip: sesuatu yang dikerjakan dengan ikhlas akan dilaksanakan sebaik mungkin, pasti terkesan di hati penonton. Perbuatan dari hati akan jatuh juga tempatnya ke hati.


Prinsip
• Islam – bermula dari niat hinggalah pelaksanaanya, Salam Network dikawal selia oleh syariah. Setiap konsep, kandungan dan pendekatan serta dampaknya harus selari dengan tuntutan agama di samping sesuai dengan budaya tempatan dan sensitiviti agama lain. Islam ditampilkan sebagaimana sewajarnya.

• Universal - Salam Network membawa mesej positif dan pendekatan ramah, yang tidak hanya menghibur tapi juga mendidik para penonton dari pelbagai bangsa dan budaya. Mengaqngkat juga nilai-nilai positif budaya bangsa lain yang bermenafaat sepertimana Rasulullah SAW pernah mengikhtiraf kaedah yang dipraktikkan oleh bangsa Parsi dalam sistem pertahanan perang yang dicadangkan oleh Sahabat r.a Salman Al Farisi iaitu pembinaan parit mengelilingi kota Madinah dalam Peperangan Khandak.

• Orentasi Kekeluargaan - melalui pembangunan konsep dan kandungan yang khusus Salam Network mensasarkan untuk mengujudkan hubungan kekeluargaan yang baik samada secara langsung atau tidak langsung. Rancangan yang disiarkan tidak hanya memenuhi selera dan keperluan setiap kumpulan usia, tetapi pada masa yang sama menarik perhatian bagi seluruh keluarga. Juga rancangan `lecture’ keibubapaan yang tidak hanya menekankan skill parenting atau tanggungjawab lahiriah sweperti makan minum, pakaian semata tetapi berkonsepkan maksud firman Allah:
”Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu selamatkanlah dirimu,ahli keluargamu dari azab api neraka.....”
QS At Tahrim ayat 6

• Pendidikan yang berterusan - kandungan program berdasarkan kurikulum yang dibangunkankan secara khusus bagi menjamin pendidikan yang sistematik, bertahap dan berterusan untuk setiap langkah kehidupan. Dari module yang paling asas umpamanya: panduan hidup seharian seorang mukmin, meliputi aspek doa dan adab, akhlak, pergaulan, taharah, ibadah dan sebagainya hinggalah mencakup topik yang lebih luas lagi. Bermula dari kelahiran seorang hamba Allah, implementasi adab diikuti syariat hingga ke usia remaja, dewasa, tua dan hakikat kematian. Berhasrat mengangkat semula kitab-kitab terkemuka yang menjadi rujukan dan tanda aras ilmuan Islam, dipersembahkan dengan penuh gaya, kreatif dan inovatif untuk menafaat umat.
Salam Network – menghidup budayakan ilmu dan syariah melalui media.

• Popular dan menata budaya (Trend-setter) - Salam Network berwajah popular, segar dan program yang mampu membentuk aliran fikiran, budaya akan memuaskan hati setiap penonton setia serta menarik penonton baru. Dari persembahan rancangan, ulasan dan pakaian talent berkaitan akan di kaji impaknya pada audien. Penonton mengikut apa yang dicontohkan fdan diwar-warkan sebagai `trend’. Kajian mendapati 70% dari pola berfikir, 90% dari citarasa penonton dipengaruhi dan dibentuk oleh rancangan televisyen kegemarannya – ini yang membentuk ujudnya aliran berfesyen remaja `anime’ iaitu peminat tegar siri kartun jepun dan seumpamanya. Begitu juga pola hidup seharian terutama waktu tidur, - siaran WWF, rancangan untuk penonton dewasa, filem box-office Barat – menjadi rosak dan kacau hingga mengakibatkan bencana sosial di kalangan remaja adalah sumbangan pengaruh besar dari siaran yang tidak ada tanggungjawab sosial, melainkan hanya memikirkan rating semata.
Salam Network bukan sahaja ingin menata budaya fizikal audiennya sahaja seperti fesyen berpakaian yang trendy tapi syarie, bahasa segar yang lebih berakhlak melalui pengucapan pengacara rancangan tertentu atau pelakon-pelakon drama, gaya hidup yang mengutamakan nilai redha Allah dalam rancangan yang dikelolakan bahkan juga dalam iklan yang mengambil bahagian. Ia program bersepadu hingga meliputi masa rehat, masa tidur hingga ke masa seorang hamba Allah itu disyorkan bangun bagi menunaikan ibadah satu pertiga malam 'qiamul lail' juga pengisian solat, doa, zikir dan ibadah berkaitan. Pendekata, waktu bersiaran Salam Network juga adalah menepati jadual hidup seharian seorang mukmin. Tidak diabaikan amalan berpuasa yang disunatkan beserta fadilatnya di mana audien sentiasa di ajak dan diingatkan melalui highlight atau iklan kaki.